Terma Penggunaan
Dengan melayari dan menggunakan laman portal ini anda telah
bersetuju dengan terma dan syarat penggunaan portal ini. Pihak KPDNKK dan
1MPB (kami) berhak untuk menukar terma dan syarat tersebut bila-bila masa
sahaja. Anda bertanggungjawab untuk memahami maklumat umum terlebih dahulu
dalam talian untuk menerima notis perubahan dari masa ke semasa.
Perkataan KPDNKK dan 1MPB atau kami adalah merujuk kepada pihak KPDNKK dan 1MPB
iaitu pemilik laman portal ini.
Perkataan anda adalah merujuk kepada para pengguna laman portal 1MPB
Portal 1MPB dan KPDNKK tidak bertanggungjawab atas segala ketidaktepatan atau
ketidakjituan dalam laman portal dan segala keputusan berdasarkan maklumat yang
terkandung dalam laman web ini adalah tanggungjawab individu yang mengunjungi
laman web ini. Portal 1MPB dan Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas
segala akibat langsung atau tidak langsung dan segala akibat di atas penggunaan
dari maklumat yang diperolehi secara terus atau tidak terus dari laman web ini.
Anda bersetuju tidak menggunakan laman portal ini untuk tujuan yang bertentangan
dengan undang-undang, tidak melanggar hak atau menyekat kegunaan laman portal ini
dari mana-mana pihak ketiga. Sebarang sekatan dan perlanggaran, penggunaan
lebih had, penggunaan yang melanggar undang-undang atau mungkin menyebabkan
ketidakselesaan dan tidak percaya kepada seseorang individu dan penyiaran bahan
yang tidak sopan dan kesat atau gangguan kepada isi kandungan dalam laman portal ini.
KEGUNAAN PERSENDIRIAN: Segala maklumat di dalam portal 1MPB adalah untuk kegunaan
persendirian dan tidak boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan,
dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan
komersil. Segala maklumat di dalam portal ini adalah untuk kegunaan pendidikan
kepenggunaan sertu tujuan rujukan sahaja.
HAKCIPTA: Hak cipta portal 1MPB dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks,
imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah
kepunyaan 1MPB dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan
(KPDNKK) kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh
diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan,
dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk
sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu
daripada 1MPB dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan
(KPDNKK) melainkan hanya bertujuan untuk kegunaan sendiri dan pendidikan kepenggunaan.
PAUTAN: Di dalam portal 1MPB ini telah diwujudkan pautan kepada laman portal lain
bertujuan untuk menambahkan maklumat serta sebagai rujukan kepada para pelayar
portal ini. Pihak 1MPB tidak akan bertanggungjawab terhadap segala kecuaian dan
kehilangan maklumat atas penggunaan portal luaran tersebut. Dasar privasi ini
hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Pengunjung dinasihatkan supaya
meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web lain yang dipautkan kepada portal 1MPB ini.




















