Makanan dan Pemakanan - Kurangkan Pengambilan Gula


 Apakah itu GULA?

Gula ialah bahan yang menambah kemanisan dalam makanan dan minuman. It wujud secara semulajadi dalam makanan atau ditambahkan semasa penyediaan makanan dan minuman atau ketika proses pembuatan.

 

Gula yang paling kerap dijumpai ialah gula putih bertapis yang diperbuat daripada tebu. Jenis gula ini sering digunakan untuk memaniskan pelbagai jenis minuman seperti kordial, sirap, minuman berkarbonat dan jus buah-buahan. Gula juga ditambah sebagai pemanis dalam biskut, jem, kek, coklat, aiskrim dan makanan lain.

 

Pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi terlalu banyak gula yang ditambah boleh menyebabkan masalah kesihatan.

 

Jenis Gula

1) Gula Semulajadi

Gula yang terdapat dalam makanan secara semulajadi seperti buah-buahan, sayur-sayuran (starchy vegetable), susu dan produk tenusu.

 

2) Gula Tersembunyi

Gula yang ditambah ketika penghasilan dan penyediaan makanan dan minuman seperti dalam masakan, kek dan konfektionari.

 

Kesan Gula Terhadap Kesihatan

1. Meningkatkan risiko berat badan berlebihan dan obesiti yang boleh menyebabkan penyakit diabetes (kencing manis) dan penyakit jantung

2. Mengganggu sistem gastrointestinal badan

3. Menggalakkan pembentukan karies gigi

4. Menyebabkan kekurangan nutrien kerana keinginan individu untuk mengambil gula yang berlebihan dari makanan yang berkhasiat.

 

Tip-Tip Mengurangkan Pengambilan GULA

1. Kurangkan pengambilan makanan manis seperti kek, biskut, coklat, aiskrim, dan snek berperisa.

2. Kurangkan pengambilan minuman berkarbonat dan jus buah-buahan yang ditambah gula.

3. Kurangkan atau elakkan pengambilan gula dalam minuman teh atau kopi.

4. Kurangkan gula dalam resipi masakan.

5. Baca label makanan dan pilih produk yang ada kandungan gula yang rendah atau tiada langsung.

6. Makan buah-buahan sebagai pencuci mulut atau kurangkan makanan pencuci mulut yang mengandungi gula yang tinggi.

HADKAN PENGAMBILAN GULA KEPADA 10 SUDU TEH SAHAJA SEHARI

 

Kandungan Gula dalam makanan tempatan

Jenis

Berat setiap satu (g)

Kandungan Gula (g) Bersamaan = sudu teh gula
Kuih Koci 70-90 18-25 4 1/4
Kuih Keria 40-50 10-13 2 1/4
Kuih Seri Muka 110-120 10-13 2 1/4
Donut 45-55 7-10 1 3/4
Kuih Lapis 120-140 5-7 1 1/4
Lepat Pisang 65-75 10-13 2 1/4
Puding Jagung 70-80 10-13 1 3/4
Bingka Ubi Kayu 70-90 18-25 4 1/4

 

Kandungan Gula dalam Minuman

Jenis Minuman Kandungan gula (g/100ml) Kandungan minuman Kandungan gula setiap minuman (g) Bersamaan = sudu teh gula
Oren 13.29 278 37.8 7 1/2
Jus Limau 14.15 332 47.0 9 1/4
Root Bir 11.53 342 39.4 8
Kola 11.25 285 32.1 6 1/2
Jus Mangga 12.28 250 30.7 6
Jus Jambu 12.84 250 32.1

6 1/2



  Jumlah Pelawat Hari Ini : 1188   Jumlah Pelawat Minggu Ini : 23373   Jumlah Pelawat Bulan Ini : 116114   Jumlah Pelawat : 1882670
Hakcipta 2011 ©www.1Pengguna.com Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
Sesuai dipapar menggunakan IE 8.0 dan Mozilla Firefox 4 dan keatas dengan resolusi 1280 x 720