1Malaysia Pengguna Bijak (1MPB)
- Utama
- Soalan Lazim
- 1Malaysia Pengguna Bijak (1MPB)
- Apakah fungsi Portal 1Malaysia Pengguna Bijak (1MPB)?
- Memberi saluran alternatif kepada pengguna untuk mendapatkan maklumat-maklumat kepenggunaan.
- Menyediakan platform kepada pengguna untuk membincangkan isu-isu kepenggunaan secara interaktif melalui blog, laman sembang, ruang maklumbalas/komen dsb.
- Menyediakan maklumat terkini harga barangan yang meliputi premis hypermarket, pasar raya, pasar basah besar, pasar basah kecil dan kedai serbaneka di seluruh negara.
- Apakah produk-produk dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam portal 1MPB?
- Perbandingan Harga (PriceCatcher)
- Informasi Kepenggunaan/ Tip-Tip Kepenggunaan
- Bagaimana membuat perbandingan harga barang melalui portal 1MPB?
Klik aplikasi PriceCatcher -> Pilih Lokasi -> Pilih Jenis Premis -> Pilih Barangan -> Pilih Premis -> Klik Banding Harga
- Berapa bilangan barangan yang boleh dibuat perbandingan harga?
Perbandingan harga boleh dibuat ke atas 355 barangan untuk hypermarket, 100 barangan untuk pasar raya, 50 barangan untuk pasar basah dan 100 barangan di kedai serbaneka 24 jam di seluruh negara.