Mengenai PPB

Portal Pengguna Bijak (PPB) merupakan portal kepenggunaan yang interaktif dan berinformasi yang memberi manfaat kepada pengguna dalam mendapatkan panduan kepenggunaan. Portal ini merupakan saluran alternatif pengguna untuk membincangkan isu-isu kepenggunaan melalui ruangan interaktif seperti forum, blog, laman sembang dan soal jawab bersama YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Pengguna juga boleh mengikuti perkembangan semasa harga lebih 100 barangan keperluan pengguna di seluruh negara melalui aplikasi Paparan Harga. Paparan Harga membantu pengguna merancang perbelanjaan secara bijak dengan membuat perbandingan harga dan mengetahui premis berhampiran yang menawarkan harga barangan berpatutan.

Portal ini juga menyediakan kemudahan perkhidmatan aplikasi SMS kepada pengguna seperti berikut:

  1. SMS Daftar Ahli Portal 1MPB
  2. SMS Semakan Harga Barangan
  3. SMS Langganan Harga
  4. SMS Aduan
  5. SMS Tuntutan Tribunal

Melalui portal PPB ini, pelbagai informasi dapat dikongsi dan dimanfaatkan oleh pengguna di Malaysia. Jadilah pengguna bijak!

Soalan Lazim

  1. Apakah fungsi Portal Pengguna Bijak (PPB)?
    • Memberi saluran alternatif kepada pengguna untuk mendapatkan maklumat-maklumat kepenggunaan.
    • Menyediakan platform kepada pengguna untuk membincangkan isu-isu kepenggunaan secara interaktif melalui blog, laman sembang, ruang maklum balas/komen dsb.
    • Menyediakan maklumat terkini harga barangan yang meliputi premis hypermarket, pasar raya, pasar basah besar, pasar basah kecil dan kedai serbaneka di seluruh negara.
       
  2. Apakah produk-produk dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam portal PPB?
    • Perbandingan Harga (Paparan Harga)
    • Blog / forum / laman sembang
    • Menjadi Ahli Berdaftar / Rakan Pengguna
    • Aplikasi SMS – Semak Harga, SMS Aduan, SMS Tribunal
    • Informasi Kepenggunaan/ Tip-Tip Kepenggunaan
    • Barangan Amazon Percuma
       
  3. Bagaimana hendak mendaftar sebagai ahli?
    Anda boleh menjadi ahli berdaftar Portal PPB melalui portal atau perkhidmatan SMS.
     
  4. Apakah faedah-faedah sekiranya menjadi ahli berdaftar kepada portal ini?
    Ahli berdaftar akan menerima beberapa kemudahan yang ditawarkan seperti:
    • Mata ganjaran bagi setiap kali daftar masuk ke portal.
    • Boleh melanggan harga barangan tertentu melalui perkhidmatan SMS.
    • Boleh mencipta dan menyimpan basket sendiri (senarai barangan)
    • Boleh mencipta blog / forum
       
  5. Apakah perkhidmatan SMS yang disediakan dan bagaimana kaedahnya?
    • SMS Semak Harga
    • SMS Aduan
    • SMS Tribunal
    • SMS Langgan Harga Barangan (Sila rujuk SMS Info untuk maklumat lanjut)
       
  6. Bagaimana membuat perbandingan harga barang melalui portal PPB?
    Klik aplikasi Paparan Harga -> Pilih Lokasi -> Pilih Jenis Premis -> Pilih Barangan -> Pilih Premis -> Klik Banding Harga
     
  7. Berapa bilangan barangan yang boleh dibuat perbandingan harga?
    Perbandingan harga boleh dibuat ke atas 355 barangan untuk hypermarket, 100 barangan untuk pasar raya, 50 barangan untuk pasar basah dan 100 barangan di kedai serbaneka 24 jam di seluruh negara.